Wednesday, 6 June 2012

Himpunan Dosa Dalam Kategori Ujub'

Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit keempat adalah seperti berikut:

  1. Merasa ajaib/hairan/kagum dengan kebolehan diri sendiri dalam melakukan setiap perkara terutama dalam pengibadatan kepada Tuhan. Contohnya:
    • Merasakan dengan sebab usaha yang telah dilakukannya menyebabkan sesuatu rancangan itu berjaya disempurnakan.
    • Merasakan dengan sebab idea yang dilontarkannya menyebabkan sesuatu perkara yang dirancang itu berjaya dilaksanakan.
    • Kagum dapat melaksanakan solat sunat dengan rakaat yang banyak.
    • Kagum dengan amalan zikir yang dilakukan dengan kuantiti yang banyak dan dalam tempoh masa yang lama tanpa menyandarkan bahawa daya upaya itu datangnya dari ALLAH S.W.T. 

No comments:

Post a Comment