Friday, 28 September 2012

KESUCIAN

Kebenaran itu adalah kesucian..maka ia tidak boleh disertakan dengan kebathilan.

Kesucian tidak boleh bersama kebathilan..kesucian yang benar diletak di tempat yang sepatutnya dan tempat itu pula tidak boleh ada kebathilan.

Wednesday, 26 September 2012

ALLAH SEBAGAI SEMBAHAN



Orang bukan Islam mengambil berhala/dewa dan seumpamanya sebagai sembahan mereka, dan orang Islam mengambil ALLAH sebagai sembahan. 

Mengapa kita mengambil ALLAH sebagai sembahan?

Cuba fikirkan…jika kita tidak mematuhi perintah ALLAH (Al-Quran dan Hadith), adakah benar kita mengambil ALLAH sebagai sembahan…?

SUNAH RASULULLAH S.A.W



Mengikut apa yang dibuat oleh Nabi dan meninggalkan apa yang tidak dibuat Nabi itu adalah sunah. Dan menambah apa yang tidak dibuat Nabi itu akan menjadi sesuatu perkara yang lain.

Cuba fikirkan…Amal ibadat yang kita lakukan seharian, adakah menepati sunah Rasulullah..?

RUKUN UNTUK BERTAUBAT

  1. SEDARI dosa yang dilakukan, 
  2. AKUI diri yang melakukan dosa tersebut, 
  3. MEMOHON keampunan dan diikuti dengan SESALAN kerana telah melakukan dosa, dan 
  4. AZAM tidak akan mengulangi dosa tersebut.

KEADILAN ALLAH S.W.T.

Seseorang telah dilahirkan di dalam keluarga kafir, cacat angota badan, hidup susah dan mati dalam keadaan kafir. Dan seorang lagi dilahirkan dalam keluarga Islam, sihat tubuh badan dan kacak, kaya raya dan mati dengan mengucap syuhadah. Namun, ALLAH itu Maha Adil.

Cuba fikirkan…Di mana keadilan ALLAH s.w.t…?

Tuesday, 18 September 2012

TAKDIR...

Yang MENJADI itu takdir-Nya..
Yang TERJADI itu takdir-Nya..
Yang TELAH TERJADI itu takdir-Nya..
Yang AKAN TERJADI itu juga takdir-Nya..
Takdir DI ATAS takdir-Nya..
Takdir DI HADAPAN takdir-Nya..
Takdir AKIBAT takdir-Nya..
Takdir DISEBABKAN takdir-Nya..

Saturday, 15 September 2012

SEMBAHAN

Orang bukan Islam meletakan makhluk (patung/berhala) di hadapan semasa mereka bersembahyang.. Mayat (juga makhluk) diletakan di hadapan semasa solat jenazah.

Cuba fikirkan...apa yang membezakan sembahan itu?

Edisi 14.9.2012

Thursday, 13 September 2012

KISAH PENCURI AYAM



Ali merupakan seorang yang dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi tidak mengerjakan solat. Dia berkawan rapat dengan Ah Chong dan selalu melakukan kerja-kerja yang tidak baik. 

Pada satu hari, mereka telah mencuri ayam peliharaan Raju dan bercadang untuk membakar ayam tersebut di dalam hutan. Sesampainya mereka di tengah hutan,.. 

Ah Chong berkata “Apa kata kita ketuk sahaja kepala ayam ini untuk mematikannya? Saya dah lapar ni..”
 “Mana boleh, kita kena sembelih ayam ini..” jawab Ali.
Ah Chong bertanya “Bagaimana mahu sembelih ayam?”
“Kena baca Bismillah dan sembelih di leher.” kata Ali.
Ah Chong meminta “Oh, senang sahaja. Kalau begitu biar saja saya yang sembelih ayam ini”
Ali berkata “Mana boleh, saya yang kena sembelih ayam ini kerana orang Islam sahaja yang boleh sembelih ayam ini.”

Mencari halal..ayam curi apabila disembelih dengan membaca Bismillah oleh orang Islam yang tidak pernah solat, adakah boleh menjadikan ayam tersebut menjadi halal untuk di makan?

Cuba fikirkan…adakah syariat, hakikat dan makrifat boleh diasing-asingkan..?

KISAH PEMUDA DAN RAJANYA

Seorang pemuda diperintahkan oleh rajanyauntuk pergi ke satu pulau bagi mencari emas dan perak. Pemuda tersebut akur terhadap perintah rajanya dan berangkat ke pulau yang dimaksudkan.

Sesampainya pemuda tersebut ke pulau tersebut, dia mendapati kebanyakan penduduk pulau tersebut sibuk mencari kulit kupang dan kerang. Melihat kepada keadaan tersebut, pemuda itu menyertai kumpulan penduduk tersebut untuk mencari kulit kupang dan kerang dan terlupa akan perintah rajanya untuk mencari emas dan perak.
Beberapa pelaut dari negara pemuda itu singgah ke pulau tersebut dan mengingatkan pemuda itu akan perintah raja untuk mencari emas dan perak. Namun, pemuda itu tetap dengan usahanya mencari kulit kupang dan kerang sehingga dia berjaya mengumpulnya dengan sangat banyak.

Sampai masa yang ditetapkan utusan raja menemui pemuda itu menyampaikan perintah raja supaya pemuda itu datang menghadap rajanya. Pemuda itu datang menghadap rajanya dengan membawa kulit kupang dan kerang yang sangat banyak. 

Maka raja bertanya kepada pemuda tersebut: “Mengapa kamu membawa begitu banyak kulit kupang dan kerang? Di mana emas dan perak yang beta mahu?”

Pemuda itu menjawab: “Hamba lihat kebanyakan penduduk pulau itu mencari kulit kupang dan perak, hanya sedikit sahaja yang mencari emas dan perak. Maka hamba menuruti kebanyakan penduduk mencari kulit kupang dan perak.”

Adakah sang raja akan menerima jawapan pemuda itu?

Anggap pemuda itu adalah anda…Anggap raja itu adalah ALLAH s.w.t…Anggap emas dan perak itu adalah kesenangan akhirat yang kekal abadi…Anggap kulit kupang dan kerang itu kesenangan dunia yang sementara…Anggap pelaut itu adalah mereka yang selalu mendatangi untuk mengingatkan kita tentang perintah ALLAH s.w.t…Anggap utusan itu adalah Malaikat Maut…

Cuba fikirkan..apakah kesudahan nasib anda kelak..?

SAMBUNGAN CERITA BAS PILIHAN



Di satu perhentian bas, orang ramai telah diberitahu bahawa hanya bas keempat sahaja yang boleh sampai ke Kuala Lumpur, tetapi melihat kepada keadaan bas tersebut yang usang dan dipandu oleh pemandu yang kelihatan biasa sahaja telah menimbulkan beberapa reaksi seperti berikut:
1.    Satu kumpulan yang langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut tanpa melihat bas tersebut.
2.    Satu kumpulan yang datang melihat bas tersebut, tetapi disebabkan bas tersebut kelihatan usang, ramai yang tidak menaiki bas tersebut.
3.    Sebahagian yang telah melihat bas tersebut bertanya kepada pemandu bas tersebut, adakah bas ini boleh sampai ke Kuala Lumpur? dan pemandu tersebut mengatakan dengan yakin bahawa bas tersebut boleh sampai ke Kuala Lumpur. Tetapi setelah mendengar jawapan pemandu bas tersebut, ramai di kalangan mereka yang tidak mempercayai dan pergi mencari bas yang lain.
4.    Mereka yang mempercayai pemandu bas tadi pergi menaiki bas tersebut, tetapi sebelum bas tersebut memulakan perjalanan sebahagian lagi dari mereka turun kerana tidak yakin dan ada yang mahu mengikuti dari belakang dengan berjalan kaki.
5.    Bas tersebut memulakan perjalanan dengan bilangan penumpang yang sedikit, dan dalam perjalanan ada pula penumpang yang meminta bas diberhentikan untuk membuang air. Bas terpaksa diberhentikan dan disebabkan itu, jadual perjalanan bas telah tergangu.
6.    Semasa di dalam perjalanan ada juga penumpang yang meminta diturunkan di perhentian-perhentian tertentu kerana merasakan mereka telah sampai ke destinasi dan ada juga yang meminta diturunkan kerana tidak selesa dengan bas tersebut.
7.    Pemandu bas sentiasa terbuka dalam menjalankan tugasnya dan tidak pernah memaksa penumpang-penumpangnya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang sebenarnya bersamanya. Akhirnya, sesampai bas tersebut ke Kuala Lumpur, hanya ada beberapa penumpang sahaja yang tinggal dan pastinya penumpang-penumpang tersebut merasa amat gembira kerana telah sampai ke destinasi yang sebenarnya.
Cuba fikirkan…anda kini berada di kumpulan yang mana dalam mencari kebenaran…?