Thursday, 13 September 2012

BAS PILIHAN



Di satu perhentian bas terdapat beberapa pilihan bas yang berlainan untuk ke Kuala Lumpur.

  1. Bas pertama:            Sebuah bas yang cantik kelihatan amat baru dan dipandu oleh pemandu yang cantik menawan serta dinaiki oleh ramai orang, tetapi bas tersebut belum pernah sampai ke Kuala Lumpur dan pemandunya tidak tahu jalan ke Kuala Lumpur.
  2. Bas kedua: Sebuah bas yang kelihatan biasa sahaja, tetapi dipandu oleh pemandu yang cantik menawan serta dinaiki oleh ramai orang, namun tidak mempunyai cukai jalan yang sah.
  3. Bas ketiga: Sebuah bas yang kelihatan biasa sahaja, dipandu oleh pemandu yang biasa, tetapi dinaiki oleh ramai orang, namun tidak pernah berjaya sampai ke Kuala Lumpur dalam setiap perjalanannya.
  4. Bas keempat: Sebuah bas yang kelihatan usang (buruk), dipandu oleh pemandu yang kelihatan biasa sahaja, dan tidak ramai orang yang menaiki bas tersebut, tetapi telah berulang kali sampai ke Kuala Lumpur.   
Cuba fikirkan…bas manakah yang menjadi pilihan anda..?

No comments:

Post a Comment