Thursday, 13 September 2012

SAMBUNGAN CERITA BAS PILIHAN



Di satu perhentian bas, orang ramai telah diberitahu bahawa hanya bas keempat sahaja yang boleh sampai ke Kuala Lumpur, tetapi melihat kepada keadaan bas tersebut yang usang dan dipandu oleh pemandu yang kelihatan biasa sahaja telah menimbulkan beberapa reaksi seperti berikut:
1.    Satu kumpulan yang langsung tidak mempercayai kata-kata tersebut tanpa melihat bas tersebut.
2.    Satu kumpulan yang datang melihat bas tersebut, tetapi disebabkan bas tersebut kelihatan usang, ramai yang tidak menaiki bas tersebut.
3.    Sebahagian yang telah melihat bas tersebut bertanya kepada pemandu bas tersebut, adakah bas ini boleh sampai ke Kuala Lumpur? dan pemandu tersebut mengatakan dengan yakin bahawa bas tersebut boleh sampai ke Kuala Lumpur. Tetapi setelah mendengar jawapan pemandu bas tersebut, ramai di kalangan mereka yang tidak mempercayai dan pergi mencari bas yang lain.
4.    Mereka yang mempercayai pemandu bas tadi pergi menaiki bas tersebut, tetapi sebelum bas tersebut memulakan perjalanan sebahagian lagi dari mereka turun kerana tidak yakin dan ada yang mahu mengikuti dari belakang dengan berjalan kaki.
5.    Bas tersebut memulakan perjalanan dengan bilangan penumpang yang sedikit, dan dalam perjalanan ada pula penumpang yang meminta bas diberhentikan untuk membuang air. Bas terpaksa diberhentikan dan disebabkan itu, jadual perjalanan bas telah tergangu.
6.    Semasa di dalam perjalanan ada juga penumpang yang meminta diturunkan di perhentian-perhentian tertentu kerana merasakan mereka telah sampai ke destinasi dan ada juga yang meminta diturunkan kerana tidak selesa dengan bas tersebut.
7.    Pemandu bas sentiasa terbuka dalam menjalankan tugasnya dan tidak pernah memaksa penumpang-penumpangnya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang sebenarnya bersamanya. Akhirnya, sesampai bas tersebut ke Kuala Lumpur, hanya ada beberapa penumpang sahaja yang tinggal dan pastinya penumpang-penumpang tersebut merasa amat gembira kerana telah sampai ke destinasi yang sebenarnya.
Cuba fikirkan…anda kini berada di kumpulan yang mana dalam mencari kebenaran…?

No comments:

Post a Comment