Saturday, 27 October 2012

NASA dan ramalannya tentang Kegelapan Dunia

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah Galactic Alignment atau “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari 3 dimensi ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke 4 dimensi.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari itu.

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut. Adakah benar ianya akan berlaku dan kalau benar, adakah ianya berlaku pada tarikh-tarikh tersebut atau 2-3 hari selepasnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

http://www.youtube.com/watch?v=_AMGkAU91sA

Tuesday, 23 October 2012

KEHIDUPAN DI DUNIA



Kehidupan di dunia ini hanyalah satu sandiwara yang mana kita adalah pelakon-pelakonnya dan beraksi berdasarkan skrip yang telah ditetapkan Tuhan.

Cuba fikirkan..andai seorang pelakon tidak beraksi mengikut skrip, apa reaksi pengarah?

HAMBA



Seharusnya sifat seorang hamba itu dia perlu menerima apa sahaja yang telah ditentukan oleh Tuhannya.

Dan sesungguhnya takdir..ajal dan maut, jodoh dan pertemuan serta rezeki itu telah ditetapkan Tuhan lama sebelum lahirnya seseorang hamba itu. 

Cuba fikirkan..Adakah kita layak digelar sebagai hamba-Nya sekiranya kita mempertikaikan ketentuan Nya..? dan sekiranya kita tidak layak menjadi hamba ALLAH, di manakah tempat kita? Bolehkah kita mencari dunia lain yang bukan dalam kekuasaan Nya?

KEHIDUPAN SEBENAR



Segala keindahan dan kesenangan dunia itu akan hilang apabila datangnya kematian. Dari kematian itu maka bermulalah kehidupan sebenar yang kekal abadi. Sekiranya nikmat yang diperolehi, maka berbahagialah selama-lamanya..dan sekiranya azab yang ditetapkan, akan sengsaralah selama-lamanya.

Cuba fikirkan..sudah bersediakah kita untuk menghadapi kematian?

KATEGORI ISLAM



Orang Islam itu boleh dikategorikan kepada empat golongan seperti berikut:
  

  1. Islam di sisi masyarakat, Islam di sisi ALLAH. 
  2. Islam di sisi ALLAH, kufur di sisi masyarakat. 
  3. Islam di sisi masyarakat, kufur di sisi ALLAH. 
  4. Kufur di sisi masyarakat, kufur di sisi ALLAH.


Cuba fikirkan..Kita dalam kategori yang mana?

BERIMAN



Kita percaya seorang pemanah tersohor mampu memanah tepat kepada sasarannya. Namun, kita tidak yakin apabila diminta untuk meletakkan buah epal di atas kepala untuk dipanah oleh pemanah tersebut.

Cuba fikirkan..adakah beriman itu sekadar kita percaya tanpa perlu meyakini..?

Thursday, 11 October 2012

PERLAWANAN BOLA SEPAK



Dalam perlawanan bola sepak yang mengambil masa selama 90 minit, setiap pemain perlu berjuang sehingga minit yang terakhir bagi mencapai kemenangan. Tiada gunanya kita bermain dengan cemerlang dan mampu mengawal permainan selama tempoh 89 minit tetapi pada satu minit terakhir kita terleka dan pasukan lawan dapat menjaringkan gol kemenangan.
Untuk mencapai kemenangan, setiap pemain perlu bermain bersungguh-sungguh sehingga tamat masa perlawanan kerana dengan sedikit kelekaan kita boleh tertewas.

Cuba fikirkan..jika sepanjang hayat, kita banyak beramal soleh..banyak solat, puasa, umrah dan haji serta banyak bersedekah..tetapi, pada akhir kalam kita disesatkan oleh iblis. Adakah kita telah menetapkan matlamat perjuangan menentang iblis dan konco-konconya itu sehingga akhir kalam? Atau berputus asa dalam perjuangan dipertengahan perjuangan?