Thursday, 11 October 2012

HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT



Sedarlah, hidup di dunia ini nilainya kurang 1 peratus jika dibanding dengan kehidupan di akhirat. Jika kita merasa nikmat dalam kekayaan, rasa nikmat itu kurang 1 peratus rasa nikmat di akhirat.. dan jika kita rasa sengsara hidup di dunia, rasa sengsara itu kurang 1 peratus rasa sengsara di akhirat. 

Dan ingatlah mati di dunia ini merupakan titik mula kehidupan di akhirat, jika kita gagal maka akan gagallah selama-lamanya.

Cuba fikirkan..adakah kita mahu menggadai kebahagiaan hidup di akhirat dengan kelekaan kesenangan dunia yang nilainya kurang 1 peratus nikmat akhirat? Tidakkah kita mahu merasa sedikit sengsara menolak godaan-godaan dunia untuk mengelak sengsara yang berlipat kali ganda besarnya di akhirat kelak?

No comments:

Post a Comment