Sunday, 7 October 2012

KEPENTINGAN KESEMPURNAAN SYUHADAH



Kita ditawarkan percutian yang hebat di Singapura dengan tawaran hotel 5 bintang, taman tema dan pusat beli belah yang termasyhur. Tetapi, jika kita tiada passport yang sah untuk memasuki Singapura, kita bawa emas segerabak keretapi pun tiada gunanya..

Begitu juga kita dalam melaksanakan amal ibadat, sememangnya janji ALLAH s.w.t. itu benar, ada dijanjikan pahala dan syurga dengan bidadari yang hebat… Namun, tiada gunanya kita banyak beramal..solat beratus rakaat, puasa berbulan-bulan tetapi kita terlupa menjaga kesempurnaan syuhadah (passport).

Ingatlah, kesempurnaan syuhadah itu bergantung kepada 7 perkara, iaitu:
1.    Tidak mengumpat,
2.    Tidak beramal kerana dunia,
3.    Tidak sombong
4.    Tidak ujub’
5.    Tidak mempunyai sifat Hasad
6.    Mempunyai sifat kasih sayang/tidak menganiaya, dan
7.    Tidak bersikap sum’at/riya.

Cuba fikirkan...dalam seharian adakah kita bebas dari perkara-perkara yang boleh merosakan kesempurnaan syuhadah..?

No comments:

Post a Comment