Sunday, 7 October 2012

KISAH ANJING DAN TUAN ANJING



Ali ternampak seekor anjing yang sedang tidur di bawah pokok. Dia pergi kepada anjing tersebut dan mengacau anjing tersebut tanpa menyedari anjing tersebut merupakan anjing yang sangat garang. Apabila dikacau, anjing tersebut menyerang dan cuba mengigit Ali. Ali cuba melawan sedaya upayanya, tetapi anjing tersebut tidak henti-henti menyerang. Kemudian Ali terlihat akan tuan anjing tersebut dan meminta maaf serta meminta tolong kepada tuan anjing supaya menghentikan serangan anjing tersebut. Tuan anjing memanggil anjingnya; “Johny, duduk!” Dengan mudah anjing tersebut mematuhi arahan tuannya dan berhenti menyerang Ali.

Cuba fikirkan…Sebenarnya kita yang memulakan serangan iblis, nafsu, syahwat, bisikkan hati dan keinginan-keinginan yang jelek terhadap diri sendiri. Kemudian kita sibuk melawan serangan tersebut dengan merasakan daya upaya kita mampu menewaskan serangan tersebut. Mengapa kita lupa untuk bertaubat dan memohon pertolongan dari Tuhan, tuan kepada segala sesuatu?

No comments:

Post a Comment