Sunday, 7 October 2012

PERBANDINGAN SIFAT IBLIS DAN DOSA 7 PINTU LANGIT



Berikut adalah kesamaan dosa 7 pintu langit dengan sifat iblis..

SIFAT
KESAMAANYA DENGAN SI IBLIS
Salah sangka/ buruk sangka
iblis telah salah sangka dengan perintah tuhan untuk sujud kepada Adam kerana dia melihat jasad adam yang dijadikan dari tanah yang kotor.
Beramal kerana dunia
suatu masa dahulu iblis adalah ketua sekalian malaikat dan terlalu kuat beribadat sehinggakan tiada tempat di seluruh alam yang dia tidak pernah sujud. Namun, amalannya tidak diikhlaskan semata-mata kerana ALLAH dan mengharapkan sesuatu selain ALLAH.
Sombong
iblis terlalu sombong apabila tidak mahu tunduk kepada Adam kerana dia merasakan dia lebih mulia dari Adam. Iblis juga tidak mahu mengaku salah walaupun dia sedar dia telah melakukan kesalahan.
Ujub’
iblis merasakan dengan daya upaya sendiri dia dapat melakukan ibadat yang banyak.
Hasad/Dengki
iblis mempersoalkan mengapa ALLAH memuliakan Adam.
Tidak Berkasih Sayang/ Menganiaya
iblis berjanji untuk menyesatkan anak adam dan membawa mereka semua ke dalam neraka.
Sum’at/Riya
iblis menunjuk-nunjuk dan riya’ atas amal ibadat yang dia telah lakukan.

Cuba fikirkan..adakah kita mahu mempunyai kesamaan dengan iblis?

No comments:

Post a Comment