Friday, 9 November 2012

HADIS SAHIH MUSLIM NO. 2483 JILID 4



Hadis Sahih Muslim No. 2483 Jilid 4 (Topiknya adalah Kiamat)

(No. 2483).
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara:
(1)          Sebelum matahari terbit dari Barat.
(2)          Keluar asap atau kabut.
(3)          Keluar Dajjal.
(4)          Keluar Dabbah (binatang melata).
(5)          Peristiwa yang menimpa diri mu sendiri (maut).
(6)          Peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat).

Hadis di atas adalah daripada hadis nombor 2483 dari Hadis Sahih Muslim berkenaan hari Kiamat. Apa pemahaman kita tentang perkara pertama sehingga keempat? Bagaimana pula turutannya? Bagaimana pula turutan yang sepatutnya? Terjejaskah iman kita sekiranya tanda-tanda besar tersebut keluar tanpa mengikut kefahaman yang kita jangkakan?

Contohnya, bagaimana sekiranya matahari terbit dari Barat berlaku dahulu? Di mana Imam Mahadi yang dijanjikan? Di mana Nabi Isa a.s diturunkan pula? Apakah kita akan mengatakan hadis-hadis yang kita yakini sebelum ini salah?

Apakah yang sepatutnya kita lakukan? Cuba kita fikirkan dan renungkan….






No comments:

Post a Comment