Tuesday, 4 December 2012

Ketahuilah..

Ketahuilah ucapan dua kalimah syuhadat yang hanya dilafaz dimulut tanpa mengerti apakah sebenarnya hakikat syuhadat tersebut adalah dinamakan syuhadat tanda. Hujung jatuh akan hakikat syuhadat tanda ini adalah bertujuan supaya satu-satu masyarakat yang mengaku diri mereka adalah islam turut sama mengiktiraf bahawa manusia yang mengucap dua kalimah syuhadat semacam tadi adalah berugama islam seperti mereka jua. Tetapi sebenarnya Syuhadat sedemikian itu adalah kosong dan tidak memberi erti apa-apa serta tidak bermaya. Ertinya jika diibarat Besi. Maka Besi semacam itu adalah Besi Tawar yg tidak pernah mengerti apa makna tajam. Ia hanya semata2 bergelar besi tetapi tidak berguna untuk apa jua pun, kerana perlu ditegaskan bergunanya Besi pada sebatang pisau itu adalah kerana tajamnya. Kerana tajam itu sebenar2 tubuh besi itu. Juteru itu maka bagi mereka yang hanya mengerti melafazkan dua kalimah syuhadat tetapi jahil daripada mengerti hakikat syuhadat maka manusia sebegini adalah manusia (islam kerana manusia) dan ianya bukan sekali-kali (islam keran Allah) dengan itu maka untuk menjadi Islaminallah, maka seseorang itu haruslah mengetahui dan memahami serta dapat duduk pada hakikat syuhadat sebenarnya. Manusia yg bersyuhadat tanda adalah manusia yg mengaku bahawasanya dirinya adalah islam tetapi pada hakikatnya kosong tiada berisi apa-apa. Mereka kosong seperti seperti sebiji padi yg tidak berisi (hampa). Ianya tidak tahan untuk menghadapi ujian Allah dan bergerak mengikut arus tanpa haluan. Bila sahaja ditiup angin ujian nescaya terbanglah ia mengikut arusnya dan manusia ini tidak mungkin mendapat petunjuk daripada Tuhannya dan rugi. Boleh digelar juga manusia islam kulit. Mereka ini tidak mempunyai pegangan malahan pegangannya adalah bergantung terus kepada pegangan manusia lain. Mereka jua bolehlah dianggap sebagai burung tiong yg pandai berkata-kata tetapi dia sendiri tidak memahami yg cuba menjadi apa ygn dicakapkannya. 

....Oleh itu janganlah kita menjadi besi tawar atau burung Tiong yang cuba menjadi manusia... Fahamilah kalimah syuhadat ini baik-baik kerna ianya adalah pokok atau asas kalimah untuk menentukan kita dengan Allah swt.. Kalimah pokok yang menjadi tunjang kepad ilmu ketuhanan dan asas untuk membezakan kita dengan haiwan-haiwan yang lain...

No comments:

Post a Comment